Tuesday, January 18, 2011

Sekadar satu renungan buat semua......



Dunia mmg kejam, dan aku rasa semua org akan setuju dgn apa yg aku katakan. Hari2 akan ada saja masalah yang akan menyebabkan kita tidak senang. Dgn masalah gangguan masa la, masalah peribadi dan perasaan la, kewangan dan macam2 lagi. Serius, aku pun tak tahu nak gambarkan yang mmg ada je perkara yg tuhan akan uji kita semua.

Memang, aku x berniat salahkan sesiapa. Jujur, aku sentiasa x senang duduk tgk keadaan sekeliling. Jealousy, greedyness and risau tu sentiasa ada dalam hati aku. Seakan2 semua perkara dalam dunia ni x sempurna lagi. Ada je cacat celanya walaupun Allah dah ciptakan segalanya sempurna dan saling melengkapi. Aku rasa tertekan, kadang2 ujian2 ni, datang tanpa diundang dan x punya penyelesaian mutlak kerana diri kita masih x berkuasa sepenuhnya....

Termasuk la jugak perkara hidup dan mati. Kadang2 aku risau, aku x capai apa yg sentiasa aku impikan. Masihkah ada esok untuk aku?? KAlau masih ada esok sekalipun, masih kekalkah kebahagiaan hari ini??? Panjangkah lagi nafasku untuk terus mengejar cita2 aku yg bukan satu itu??? Aku pun x tau macam mana nak jawab soklan2 ni. Nampak je aku ni mcm sihat, gemok dan aktif. Jauh di dalam, aku takut. Sebab aku tahu malaikatul maut tu ada je berlegar di sekeliling kita. Kun Fa Ya Kun, maka selamat tinggal dunia. Sakit yg aku hadapi ni pun mmg perit. Namun terkadang aku bersyukur gak la, sbb sakit aku yg menyeksakan itulah yg mengingatkan aku pada maut. Saat nafas yg x cukup itulah, kala ia nyaris2 terputus itulah, aku terasa yg ajal boleh datang bila2. Walau sakit aku ni, kadang2 makin teruk, tapi alhamdulillah, si dia, dan juga tuhan yg satu sentiasa memberi semangat pada aku, untuk terus menyambung nyawa dan melawan sakit yg sentiasa cuba membunuh aku. Memang, mungkin kali ini aku terlepas, terselamat. Siapa tahu hari esok, bila mana tiada lagi sebab dan semangat untuk aku menyambung nafas????

Namun Ya Tuhan, aku rasa bersyukur, walaupun aku ni x sesempurna mana, dan merasakan ketidak adilan dunia ini, begitu mencengkam, kau masih sygkan semua hambanya. Mmg, bukan spenuhnya, tapi kau tetap selitkan sekelumit kebahagian dalam jiwa aku ni. Walau seksa, aku bahagia. Kasih darimu ya tuhan, mak, ayah, rakan2 dan si dia, dah cukup untuk meloloskan jiwa ini dari hujung tanduk kejam dunia, lantas menyambung retakan yg menanti belah dalam hati ini. Mmg aku sendiri sedar, ilmu, iman dan amal aku belum cukup, malah belum lagi aku lalui kenikmatan dunia secara keseluruhan, kahwin pun belum.Tapi aku dah pun lega, sbb pada aku,cukuplah segala apa yg terjadi. Aku x mahu tambah terseksa, mahupun kebahagiaan yg melampau lebihnya. Terkadang, terlintas di pundak hati ini, aku rela pergi skrg, dari aku terus memenatkan tangan malaikat A'tid menambahkan rekod buku tiga limanya mengenai aku yang sebenarnya, x terbayang sudah berbuku buku terkumpul. Malah, aku x sanggup merasa kehilangan lagi. Kerana aku tahu, ianya sgt seksa dan sukar bagi aku menghadapinya. Biarlah, aku pergi dulu, itulah yg selalu aku lafazkan.....

Cinta memang datang dgn dugaan dan cabaran. Dulu, aku x merasainya. Namun kini aku rasa ia benar. X kiralah cinta kepada apa, semuanya ada cabaran. Dan sesungguhnya, aku rasa aku x akan mengalah untuk terus berjuang, selagi bende yg dicintai itu x mengalah terhadap diri aku. X kiralah, keluarga, kereta atau apa2 pun. Aku yakin, dan aku tahu Ya Allah, walau aku sering melupakan engkau, x skalipun kau melupakan aku.

Maaflah andai nukilan hari ini terlampau panjang, cuma terasa ingin mengosongkan hati ini sahaja......

Sekian, kemerapuan serius malam ini......

No comments:

Post a Comment