Aku sendiri tak tau nak mulakan macam mana, Lama dah rasanya aku x berceloteh kat sini. bersawang dah page ni. Mmg aku gunakan laman sosial ni, kadang2 semata-mata untuk meluahkan apa yg terbuku di dada. Melepaskan kesedihan, kekecewaan, malah mungkin juga kelukaan... Tapi, kenapa aku guna laman maya untuk luahkan perasaan??? Ya! AKU KESEORANGAN... Aku hidup di kota metropolitan ini x berteman. Sunyi, sepi, dan krik krik... Aku punya teman dan sahabat, tapi adatlah pepatah, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis jarang sekali. Bukan saah mereka, kerana kami masing-masing punya hal peribadi yang perlu diselesaikan Aku punya kekasih, tapi apalah daya, dia hanya kekasih. Bukan si isteri setia yang mampu menjadi teman dalam segala duka dan lara. Bukan salah si dia, kerna mungkin dia dan aku masih belum bersedia. Ak punya ibu bapa, tapi apakan daya, mereka di desa. Mungkin tidak kenal jerih payah dan seksa azab duduk di kota. Bukan salah mereka, kerana mereka telah bahagia, lepas segala dugaan untuk memulakan hidup. Zaman mereka juga berbeza, tidak sama dengan zaman ekonomi dan politik yang menggigit. Aku punya adik beradik.Tapi apakan daya, mereka jauh, sedang berjuang dalam dunia masing-masing untuk menuntut ilmu. Bukan salah mereka. Mereka mahukan hidup yang baik kelak, mungkin lebih baik dari sang abang yang menderita ini... Eh! Jika nak dinukilkan, tak cukup 2 kajang kertas. Tapi itulah reaiti hidup aku. Sunyi, sepi sendiri. Kini, aku rasa laman sosial x lagi sesuai untuk menjadi tempat meluahkan perasaan. Ia dilihat umum. Terlalu terbuka. Dan terkadang ada insan begitu mudah menyalah anggap apa yg aku fikirkan. Jadi kini aku tutup pintu "muka buku" sebagai peneman bercerita dan meluah perasaan. HABIS??? KINI AKU NAK BERCERITA PADA SIAPA?? Pada bintang? Bulan? Sang Angin? Aku makin tersepit. Terhimpit. Benar kata para sahabat. Aku hanya ada Allah. Tiada siapa lagi yang akan aku percayai Biar aku mati sendiri.....
Cliche Menimpa Diri Sang Hati... Sehari dua ni, kerap terpampang di dada akhbar, Isu hantaran mahal, ramai lelaki bujang berhutang dan bankrap, Hantaran mahal ini haram. Diselak halaman dalam, Remaja kahwin lari, Mayat bayi dijumpai dalam tong sampah, Ramai remaja lelaki ditahan di pusat MAKSIAT. Sang hati terdiam, terduduk sepi, tidak bertepi, Meraung meracau, meroyan mungkin. Di mana salahnya, Di mana silapnya.
Sang Hati juga tersepit di dunia yang sama. Sang Hati merana, Sang Puspa menanti setia (harapan nya lah), Yang wajib dan halal tenggelam, dunia yang timbul. Sang Hati kesorangan menelan pahit, melihat rakan seusia sudah pun membina masjid, berbahagia dan berteman. Sang Hati??? Masih tiada"co-pilot" ketika memandu. Semua menyalahkan remaja bermaksiat. Semua salahkan si bujang bertindak ganas, Semua salahkan si gadis menggoda manis. Semua salahkan kami membazir duit bila berkerjaya. Habis, apakah si penuduh ini menjual kereta? Adakah mereka juga mahu beli kereta? Sang Hati Sayangkan Sang Puspa Sang Hati perlukan teman, untuk hidup. Agar tidak lagi berseorangan. Walaupun Sang Hati ada keinginan lain. Sunyinya, hanya tuhan yang tahu. Seksanya mungkin bukan pada zahir, Naifnya bukan pada wang dan harta, yang dikejar bukan dari segi batinnya, Tapi hati nurani, pengisian jiwa, Kekosongan itu pembunuh senyap, Kesunyian itu perobek jiwa, Kemurungan juga si pencabut nyawa. Hai lah adat, Hai lah arus semasa, Hai lah pemimpin semua, Kenapa kalian membunuh sang hati, mengheret kami ke lembah durjana. Bukanlah kedekut Sang Hati menghulur, Cuma kemunasabahan sudah hilang, Sang Hati tidak mampu, Kalaupun mampu, tunggulah bila Sang Hati berusia, Itupun jika, Sang Puspa masih setia. Hati Merana, Terseksa, Tiada Tempat bercerita, Diluah Mati Emak, Ditelan Mati Bapak. Hai lah Sang Hati, Sabarlah. Ada Rezki adalah tu~ (Hati dah bosan mendengar)
Satu bait yang aku rasakan persoalan yang kian terngiang di lubuk jiwa yang berhabuk dan tiada sempurna. Bila tiba waktu itu, keadaan alam senyap dan sunyi. Bila kata yang diluah itu tiada balasnya, maka sang hati mula tidak keruan. Tidak tentu arah, tergagau dalam pandangan yang kabur sebalik keadaan jerebu yang melanda bumi pertiwi ini. Sang Hati gelisah tidak berarah. Tiada hala tuju, tiada madah dan tiada padah. Ke kiri salah, ke kanan pun salah. Bila Sang Puspa seakan terlupa, sang hati makin merana. Tiada siapa mengerti, hanya sang kabus menjadi pengeruh keadaan. Kotak musik galak menyanyi, menambah sayu. Ingin saja Sang Hati memberontak, menikam diri yang seolah tiada siapa peduli, namun ditabah jua. Di kala itu, terjenguklah Sang Sepi. Sang Hati membenci, namun Sang Sepi Setia seakan tidak berganjak, cuba mengisi ruang dan meneman. Langit mula bergelora, laut mula mendung. Sekasar mana sekalipun Sang Hati menepis, Sang Sepi Setia masih hadir. Jenuh jua. Namun, Sang Sepi Setia hadir tidak kosong. Membawa angin monolog yang merungkai kekusutan Sang Hati. Biar tiada Sang Puspa, Sang Bonda, Sang Ayahanda, atau siapa sahaja, Sang Sepi Setia lah yang mencetus ingatan kepada Sang Hati, akan kerakusan dunia, kelalaian hati dan juga kekejaman manusiawi. Benar, Sang Hati hanyalah mangsa. Mangsa keadaan modernisasi yang sial. Mangsa Adat, Mangsa Politikus, Mangsa Kehendak Orang Lain, Mangsa Kecemburuan, Mangsa Segala Mangsa, Yang Maha Esa itu Adil. Biarlah Sang Hati tidak berteman, biarlah sang hati terluka, andai itu takdirnya. Sang Sepi Setia, setia hadir mengingat segala kepincangan. Bermuhasabah bersama. Membaiki diri yang pincang dan songsang, dari haluan lurus yang sepatutnya sang hati ikut... Cuma Sang Hati gusar, keterbiasaan ini berbisa, membunuh. Kerana ini bukan soal keterbiasaan, tapi soal hati dan perasaan. Keterbiasaan Sang Hati bersama Sang Sepi, seakan mengundang hubungan jangka panjang, yang mungkin selamanya. Dan kesunyian Sang Hati akan terus membunuh jiwa... Biarlah, Nukilan ini masih tiada penonton... -EPILOG SEORANG AKU-