Saturday, January 4, 2014

Tiada hala tuju

Aku  sendiri tak tau nak mulakan macam mana, Lama dah rasanya aku x berceloteh kat sini. bersawang dah page ni. Mmg aku gunakan laman sosial ni, kadang2 semata-mata untuk meluahkan apa yg terbuku di dada. Melepaskan kesedihan, kekecewaan, malah mungkin juga kelukaan...

Tapi, kenapa aku guna laman maya untuk luahkan perasaan???

Ya! AKU KESEORANGAN...

Aku hidup di kota metropolitan ini x berteman. Sunyi, sepi, dan krik krik...

Aku punya teman dan sahabat, tapi adatlah pepatah, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis jarang sekali. 
Bukan saah mereka, kerana kami masing-masing  punya hal peribadi yang perlu diselesaikan

Aku punya kekasih, tapi apalah daya, dia hanya kekasih. Bukan si isteri setia yang mampu menjadi teman dalam segala duka dan lara.
Bukan salah si dia, kerna mungkin dia dan aku masih belum bersedia.

Ak punya ibu bapa, tapi apakan daya, mereka di desa. Mungkin tidak kenal jerih payah dan seksa azab duduk di kota.
Bukan salah mereka, kerana mereka telah bahagia, lepas segala dugaan untuk memulakan hidup. Zaman mereka juga berbeza, tidak sama dengan zaman ekonomi dan politik yang menggigit.

Aku punya adik beradik.Tapi apakan daya, mereka jauh, sedang berjuang dalam dunia masing-masing untuk menuntut ilmu. 
Bukan salah mereka. Mereka mahukan hidup yang baik kelak, mungkin lebih baik dari sang abang yang menderita ini...

Eh! Jika nak dinukilkan, tak cukup 2 kajang kertas.  Tapi itulah reaiti hidup aku.
Sunyi, sepi sendiri.

Kini, aku rasa laman sosial x lagi sesuai untuk menjadi tempat meluahkan perasaan. Ia dilihat umum. Terlalu terbuka. Dan terkadang ada insan begitu mudah menyalah anggap apa yg aku fikirkan. Jadi kini aku tutup pintu "muka buku" sebagai peneman bercerita dan meluah perasaan.

HABIS??? KINI AKU NAK BERCERITA PADA SIAPA??

Pada bintang? Bulan? Sang Angin?
Aku makin tersepit. Terhimpit.

Benar kata para sahabat. 
Aku hanya ada Allah.
Tiada siapa lagi yang akan aku percayai

Biar aku mati sendiri.....



No comments:

Post a Comment