Tuesday, August 13, 2013

BUKAN AKU TAK BERKEHENDAK....

Cliche Menimpa Diri Sang Hati...

Sehari dua ni, kerap terpampang di dada akhbar,

Isu hantaran mahal,
ramai lelaki bujang berhutang dan bankrap,
Hantaran mahal ini haram.

Diselak halaman dalam,

Remaja kahwin lari,
Mayat bayi dijumpai dalam tong sampah,
Ramai remaja lelaki ditahan di pusat MAKSIAT.

Sang hati terdiam, terduduk sepi, tidak bertepi,

Meraung meracau, meroyan mungkin.

Di mana salahnya, Di mana silapnya.



















Sang Hati juga tersepit di dunia yang sama. Sang Hati merana, Sang Puspa menanti setia (harapan nya lah),
Yang wajib dan halal tenggelam, dunia yang timbul. Sang Hati kesorangan menelan pahit, melihat rakan seusia sudah pun membina masjid, berbahagia dan berteman.

Sang Hati???

Masih tiada"co-pilot" ketika memandu.

Semua menyalahkan remaja bermaksiat.

Semua salahkan si bujang bertindak ganas,
Semua salahkan si gadis menggoda manis.
Semua salahkan kami membazir duit bila berkerjaya.

Habis, apakah si penuduh ini menjual kereta?

Adakah mereka juga mahu beli kereta?

Sang Hati Sayangkan Sang Puspa

Sang Hati perlukan teman, untuk hidup.
Agar tidak lagi berseorangan.
Walaupun Sang Hati ada keinginan  lain.

Sunyinya, hanya tuhan yang tahu.

Seksanya mungkin bukan pada zahir,
Naifnya bukan pada wang dan harta,
yang dikejar bukan dari segi batinnya,

Tapi hati nurani, pengisian jiwa,

Kekosongan itu pembunuh senyap,
Kesunyian itu perobek jiwa,
Kemurungan juga si pencabut nyawa.

Hai lah adat,

Hai lah arus semasa,
Hai lah pemimpin semua,

Kenapa kalian membunuh sang hati, mengheret kami ke lembah durjana.


Bukanlah kedekut Sang Hati menghulur,

Cuma kemunasabahan sudah hilang,
Sang Hati tidak mampu,
Kalaupun mampu, tunggulah bila Sang Hati berusia,
Itupun jika, Sang Puspa masih setia.

Hati Merana, Terseksa, Tiada Tempat bercerita,

Diluah Mati Emak, Ditelan Mati Bapak.

Hai lah Sang Hati, Sabarlah. Ada Rezki adalah tu~

(Hati dah bosan mendengar)

No comments:

Post a Comment